Friday, 11 July 2014

MISSING...

Allah, lama rasanya tak tulis kat blog ni. Bukan dah lupakan blog ni, cuma takde idea yg sesuai untuk di tulis. Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan hirup udara di bumi ni dan teruskan hidup. Untuk pengetahuan, sekarang bi semua umat Islam sedang menjalani ibadah puasa. Hehe. Tp dalam pada masa yang sama, jiwa umat Islam diruntun dan direntap oleh para makhluk yg takde berhati perut. Sedih lihat anak kecil yg belum sempat harung onak dunia terpaksa dipanggil kembali oleh Allah. Betul, itu sudah ajal. Tapi yg mereka yg membunuh itu seolah olah Tuhan. Yaa...tuhan bagi diri mereka yang tak tahu siapaTUHAN yang sbenar.

Tapi yang paling menyedihkan, ada juga yang menyokong para makhluk yg tak berhati perut ini. Masjid Al Aqsa dipilih oleh Allah walaupun terpaksa berkorban nyaa. Sungguh....hanya sebuah masjid. Masjid yg tinggi nilai pahala jika bersolat di sana. Masjid yang wujid pada zaman Baginda. Sentimental value yg bukan sahaja hadir pada hati setiap umat Islam. Tapi apa yg dah dirancangkan oleh Israel ? Memusnahkan masjid ini untuk dijadikan sebuah bangunan lain. Wahai mahkluk Allah, itu rumah Allah. Tempat yang mulia. Tiada siapa yg boleh rampas melainkan kehendak Allah. Sebab itu orang Islam, jangan sesekali tinggal doa untuk kesejahteraan Islam. Doa dan terus berdoa. He always there. Watching us and helps us.

Biarkan manusia itu tak percayakan Allah. Kerana sampai satu masa nanti mereka akan percaya bila Allah tunjukkan kuasanya yang sebenar. InsyaAllah. Miracle will come soon. Apa pun lumrah manusia. Ada sahaja akal untuk ambil kesempatan atas orang lain. Derma palsu. Jujur cakap yaa. Duit yg awak ambil ATAS dasar derma kepada negara Islam tu adalah HARAM. Please alert. Jadi darah daging and bawak ke mati. Allah....harap sangat takde orang mcm ni.

Aku hanya manusia yang hina. Tah doa aku diterima di sisi Allah atau tak, aku pun tak tahu. Tp yakin plus dont stop praying. InsyaAllah doa kita diterima. Aamiin. Sampai sini jelah ye. Btw, Alhamdulillah puasa okey je semua. Syukur. K lah, Assalamualaikum 😊😅