Friday, 19 December 2014

WE ARE BORN

We are born to be SOMEBODY. We never can expect what will be in the future. We plan, we struggle but somehow it's doesn't work. Why ?? because we were born to be SOMEBODY. You may shock who you are because sometime it goes smoothly according to your planning. Alhamdulillah. I started with zero. Yesterday, I'm being a dumb girl, but I never expect that now I'm slowly achieve my dreams. And absolutely HR is not my dreams.

I love to teach people. It might be inherit from my mom. Maybe. But for me, being a teacher can make you know how to handle people. i know, in HR field also I can get to know how to handle people. But....i'm still stick to be a teacher. It's okey if i can't be someone that I dreamt. Live must go on.....

Thursday, 13 November 2014

Rindu. FULLSTOP !

Sebagai seorang pelajar yg duduk jauh dari family, rasa rindu tu pasti ada. Hehe. Bak kata bahasa moden, homesick. Wahwahh..sepanjang duduk di bumi sintok ni, tak pernah aku homesick. But lately ni, nak dekat final exam tetiba homesick. Hehe. Teringat mak ayah, family and semua org yg aku kenal dekat Ipoh nun. Jauh sintok ke ipoh. Haha. Sobsob.

Terus terang aku cakap, lepas habis stpm dulu, aku beharap sangat dapat uni yang jauh sikit. Teruk sunggih impian haku. Yola, nak rasa ala ala anak perantauan walaupun tak merantau jauh pun. Sekali, hambek kau. Kat sintok dicampaknya aku. Banyak hikmah tau, walaupun dulu asyik ada question mark dalam kepala. Now, aku dpt rasa something yang tak pernah aku rasa. Islam kat sini subur, banyak aktivitinya. Sosial life dkt sini masih terkawal. Proud !!! Kat sini semuanya pakai simple simple je. Hehe.

Aku rindu suasana rumah. Rindu kena bebel dgn mak ayah. Almaklum lah, antara anak anak diorang, aku paling lama dok bawah jagaan mak *mak monitor okeyh* 20 tahun. Its not a short period. Bila dh berenggang, memacam aku pikir. Tapi aturan Allah lebih hebat. Adik aku sambung blajar kat Kangar. Alahai, dgn uni aku 45 min je. Haha. Disebabkan kami sehala n agak manja, mak luangkan masa nak melawat anak anak dia. Haha. Dua tiga kali gak datang sini. Banyak tuuuuu. Bukannya dekat.

Kehidupan baru aku kat sini Alhamdulillah. Semuanya okey. Makin bertambah berat aku...pengsan jap. Hehe. Dok kat sini, aku takmo sentuh bab hati perasaan. Akan sampai masanya nanti. Biar permulaan ni aku giat. Giat dengan belajar and perkara berfaedah. Pasal pasangan tu...ehem. Biarlah dah nak masuk sem 5 keatas ke apa. Yoyoooo je kan. Tapi kalau jodoh tak kemana. Buat masa sekarang, wahai hati tolong tajdid niat tu sikit ya. Fokus dan fokus.

Apa apa pun, berharap sangat Allah redha dengan setiap keptusan aku disini and aku yakin, Allah akan jaga tiap hambaNya. Aku titipkan juga agar family aku and seluruh manusia berada dibawah lindungan Allah. Semuanya sebab Allah sebaik baik pelindung. Aamiin ya Rabb !!!

Tuesday, 4 November 2014

AWAS !!!! JANGAN KAU REBAH !

Kita manusia punya hati nurani. Eh eh....standard lah kalau manusia itu rebah...namun sebenarnya, jangan sesekali kita silap. Kehidupan kita punya banyak cara yang halal bagi menyelesaikan masalah. Kita harus akur, sepanjang kehidupan duniawi ni, tak sekalipun Allah terlepas pandang setiap pergerakan kita. Wow, hebatnya Ar Rahman ini. Aku akui, dalam onak dan duri menempuh kehidupan sebagai muslimin muslimah sejati bukan sekacang step 1 2 3....banyak step yang perlu dilalui. Aku boleh kaitkan kehidupan aku sebagai seorang muslimah, anak, pelajar, sahabat dan bakal isteri (eh ?? pulak dah) haha. Allah berikan kita lebih daripada satu jawatan sebagai manusia. Kenapa bukan gunung ganang yang gah berdiri ?? Timbul persoalan ini. Allah meletakkan sesuatu itu bersebab. Dan Allah juga meletakkannya berdasarkan kemampuan. 

Menjadi seorang muslimah bukn mudah. Allah je yang tahu bagaimana mislimah ini perlu menutup aurat dengan rapi. Bagi lelaki mungkin senang dari sudut penjagaan aurat tetapi bukan dari segi tanggungjwb. Allahuakbar, tanggungjawab mereka complete dan sukar dipikul sekiranya diletalkan kepada wanita. Sebagai seorang anak, wajib aku patuh cakap mak ayah (tapi kenkadang tersasul) ampunnnn. Sebagai seorang pelajar, kita perlu dan seharusnya tajdid niat. Panahkan matlamat kita demi mncapai kejayaan. Jujur aku akui, pergolakan perasaan dalam belajar bukan sahaja fizikal yang penat tetapi mental juga letih. Aku semaikan dalam diri tidak mahu bercinta demi mencapai matlamat sbagai seorang pelajar. Lagi pula, aku taknak sejarah buruk berulang. Ia bukan utk diulang, tapi untuk ambil iktibar. Dari sudut berkawan pula, kita perlu hadapi bermacam macam kerenah manusia. Ada yang okey ada yang keyo. Dari tadika sampai ke alam universiti, aku tak habis habis ada problem dengan berkawan...apalah masalah aku. Tapi aku tak boleh give up. Aku kena kuat walaupun pada luaran aku sensorang. Allah je tahu. Tp apa yang paling penting, niat hati kena ikhlas sepanjang berkawan. And terakir....ehemmm, bakal isteri. Tak banyak yang aku boleh sentuh sebab aku tak kahwin lagi tapi sebagai asas, persiapkan diri utk jadi muslimah solehah di mata husband. Sempat atau tidak, persediaaan tu penting walaupun bukan utk suami, tetapi utk kematian juga.

So, dunia makin hari makin sakit. Sakit dengan pelbagai isu yang menggerunkan jiwa dan keimanan. Jadi, asuh dan didiklah anak kecil agar berada di jalan Allah. Mereka tak berdosa. Mereka perlu ajaran yang benar dan jangan sesekali kelirukan mereka. Wallahualam.... :)

Monday, 1 September 2014

IT'S MY DESTINY....

It's my destiny to be here. It's my destiny to keep all this way. Alhamdulillah. 12 Aug 2014 i was announced that i'll be continuing my study at UUM in Bachelor of Human Resources Management. Honestly, ini bukan bidang aku. Ini bukan ap yg aku mahu. But i trust Allah. Dia yg letakkan aku sampai tahap ini. 

Frankly, i'm not expected to be one of UUM students. Aku belajar bukan pandai. Salu dapat corot2. Tp janji Allah kan ? We can't deny Him. Apa apa pun ini jalan yg aku pilih. Welcome new journey. Bismillah :)

Friday, 11 July 2014

MISSING...

Allah, lama rasanya tak tulis kat blog ni. Bukan dah lupakan blog ni, cuma takde idea yg sesuai untuk di tulis. Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan hirup udara di bumi ni dan teruskan hidup. Untuk pengetahuan, sekarang bi semua umat Islam sedang menjalani ibadah puasa. Hehe. Tp dalam pada masa yang sama, jiwa umat Islam diruntun dan direntap oleh para makhluk yg takde berhati perut. Sedih lihat anak kecil yg belum sempat harung onak dunia terpaksa dipanggil kembali oleh Allah. Betul, itu sudah ajal. Tapi yg mereka yg membunuh itu seolah olah Tuhan. Yaa...tuhan bagi diri mereka yang tak tahu siapaTUHAN yang sbenar.

Tapi yang paling menyedihkan, ada juga yang menyokong para makhluk yg tak berhati perut ini. Masjid Al Aqsa dipilih oleh Allah walaupun terpaksa berkorban nyaa. Sungguh....hanya sebuah masjid. Masjid yg tinggi nilai pahala jika bersolat di sana. Masjid yang wujid pada zaman Baginda. Sentimental value yg bukan sahaja hadir pada hati setiap umat Islam. Tapi apa yg dah dirancangkan oleh Israel ? Memusnahkan masjid ini untuk dijadikan sebuah bangunan lain. Wahai mahkluk Allah, itu rumah Allah. Tempat yang mulia. Tiada siapa yg boleh rampas melainkan kehendak Allah. Sebab itu orang Islam, jangan sesekali tinggal doa untuk kesejahteraan Islam. Doa dan terus berdoa. He always there. Watching us and helps us.

Biarkan manusia itu tak percayakan Allah. Kerana sampai satu masa nanti mereka akan percaya bila Allah tunjukkan kuasanya yang sebenar. InsyaAllah. Miracle will come soon. Apa pun lumrah manusia. Ada sahaja akal untuk ambil kesempatan atas orang lain. Derma palsu. Jujur cakap yaa. Duit yg awak ambil ATAS dasar derma kepada negara Islam tu adalah HARAM. Please alert. Jadi darah daging and bawak ke mati. Allah....harap sangat takde orang mcm ni.

Aku hanya manusia yang hina. Tah doa aku diterima di sisi Allah atau tak, aku pun tak tahu. Tp yakin plus dont stop praying. InsyaAllah doa kita diterima. Aamiin. Sampai sini jelah ye. Btw, Alhamdulillah puasa okey je semua. Syukur. K lah, Assalamualaikum 😊😅

Saturday, 22 March 2014

Pengalaman Menuntut Ilmu

Alhamdullilah, segala puji aku kembalikan kepada Allah. That word also comes out from my mouth when the first glance for my STPM result. Huhu. Memang besyukur sangat dengan result yang aku terima on 19th March ago. Who say STPM ni takda taraf langsung dlm pendidikan. STPM boleh dikategorikan sbg fast track. Sama macam matrik, asasi and dip. Yang untungnya stpm adalah yg sama level dengan dip. Tapi perbezaan tempoh pelajaran yg mmbezakan stpm dengan dip.

Rata rata yang kata stpm ni leceh sbb pakai baju sekolah. Fyi, baju tak melambangkan tinggi rendah pangkat ilmu. And aku sarankan untuk student yg dapat result spm yg rendah tp layak utk masuk form 6, sebaiknya apply. Aku takmo cakap besau sbb ini semua based on pengalaman aku sendiri yang aku lalui. SPM aku dulu memang hancur (pada aku lah)  tapi aku bangun balik untuk hadap form 6. First sem mmg ragu ragu nak ambik takut tak boleh bawak sebab ramai senior kata ssh. But aku peduli apa. Sbb aku pegang satu prinsip sampai skrg iaitu jangan sesekali comparekan nasib org lain dgn kau. Kalau ada sifat ni, mmg hancur sbb level of confidence mmg akan merudum. Alhamdullilah, mmg dipermudahkan oleh Allah. And aku take positive pasal ketidakbaikan keputusan spm aku. Hoho. See....everythings happen with the reasons. Aku bahagia.

Sekarang sistem sgt mudah compare yg terminal one. But this time kena struggle dari segi masa. Dulu kena struggle dari segi bape byk korang prepare utk jwb exam. Actually sama je. Takdop beza sgt dgn yang lepas. One more thing, kena buat mini thesis. Part ni yg agak susah but best. Byk pngalaman. Form 6 ni satu je kunci nak berjaya, kena fokus dgn apa yg diajar and rajin bertanya sbb masa utk cikgu explain one by one dlm kelas memang tak cukup.

Tapi apa apa pun, set niat dalam diri yang korang nak berjaya sampai habis belajar. Nak kata kos byk mmg sgt tak releven. Berpuluh je weyh, tu pun yuran skolah. Kalau dip berpuluh ribu ringgit tapi tarafnya sama dgn stpm. Apa apa pun, korang yg decide sendiri sbb byk faktor yg prlu diambil kira masa nak sambung study ni. Btw, untuk umat Islam, we have Allah. Study byk mana pun kalau lupa Allah, memang tak menjadi. Solat kena jaga sbb waktu tu kita dekat sangat dengan Allah. Jangan lupa doakan utk org lain juga. Kalau kita doakan untuk kesenangan org lain, InsyaAllah Dia akan melipat kali gandakan kebhagian hidup kita. So, jangan ada perkataan GIVE UP dalam diri tu sbb syaitan suka org yang tak menuntut ilmu. Ingat, ilmu sbhagian daripada jihad. Keep moving. SPM hanya permulaan. Last but not least, tahniah diucapkan kepada calon SPM 2013 atas result anda semua termasuk adik aku.

P/s : Kalau kita berjaya, parents org pertama yg happy. So, set your goal and make a goal. Fighting !