Kita manusia punya hati nurani. Eh eh....standard lah kalau manusia itu rebah...namun sebenarnya, jangan sesekali kita silap. Kehidupan kita punya banyak cara yang halal bagi menyelesaikan masalah. Kita harus akur, sepanjang kehidupan duniawi ni, tak sekalipun Allah terlepas pandang setiap pergerakan kita. Wow, hebatnya Ar Rahman ini. Aku akui, dalam onak dan duri menempuh kehidupan sebagai muslimin muslimah sejati bukan sekacang step 1 2 3....banyak step yang perlu dilalui. Aku boleh kaitkan kehidupan aku sebagai seorang muslimah, anak, pelajar, sahabat dan bakal isteri (eh ?? pulak dah) haha. Allah berikan kita lebih daripada satu jawatan sebagai manusia. Kenapa bukan gunung ganang yang gah berdiri ?? Timbul persoalan ini. Allah meletakkan sesuatu itu bersebab. Dan Allah juga meletakkannya berdasarkan kemampuan.
Menjadi seorang muslimah bukn mudah. Allah je yang tahu bagaimana mislimah ini perlu menutup aurat dengan rapi. Bagi lelaki mungkin senang dari sudut penjagaan aurat tetapi bukan dari segi tanggungjwb. Allahuakbar, tanggungjawab mereka complete dan sukar dipikul sekiranya diletalkan kepada wanita. Sebagai seorang anak, wajib aku patuh cakap mak ayah (tapi kenkadang tersasul) ampunnnn. Sebagai seorang pelajar, kita perlu dan seharusnya tajdid niat. Panahkan matlamat kita demi mncapai kejayaan. Jujur aku akui, pergolakan perasaan dalam belajar bukan sahaja fizikal yang penat tetapi mental juga letih. Aku semaikan dalam diri tidak mahu bercinta demi mencapai matlamat sbagai seorang pelajar. Lagi pula, aku taknak sejarah buruk berulang. Ia bukan utk diulang, tapi untuk ambil iktibar. Dari sudut berkawan pula, kita perlu hadapi bermacam macam kerenah manusia. Ada yang okey ada yang keyo. Dari tadika sampai ke alam universiti, aku tak habis habis ada problem dengan berkawan...apalah masalah aku. Tapi aku tak boleh give up. Aku kena kuat walaupun pada luaran aku sensorang. Allah je tahu. Tp apa yang paling penting, niat hati kena ikhlas sepanjang berkawan. And terakir....ehemmm, bakal isteri. Tak banyak yang aku boleh sentuh sebab aku tak kahwin lagi tapi sebagai asas, persiapkan diri utk jadi muslimah solehah di mata husband. Sempat atau tidak, persediaaan tu penting walaupun bukan utk suami, tetapi utk kematian juga.
So, dunia makin hari makin sakit. Sakit dengan pelbagai isu yang menggerunkan jiwa dan keimanan. Jadi, asuh dan didiklah anak kecil agar berada di jalan Allah. Mereka tak berdosa. Mereka perlu ajaran yang benar dan jangan sesekali kelirukan mereka. Wallahualam.... :)
No comments:
Post a Comment