Thursday, 13 November 2014

Rindu. FULLSTOP !

Sebagai seorang pelajar yg duduk jauh dari family, rasa rindu tu pasti ada. Hehe. Bak kata bahasa moden, homesick. Wahwahh..sepanjang duduk di bumi sintok ni, tak pernah aku homesick. But lately ni, nak dekat final exam tetiba homesick. Hehe. Teringat mak ayah, family and semua org yg aku kenal dekat Ipoh nun. Jauh sintok ke ipoh. Haha. Sobsob.

Terus terang aku cakap, lepas habis stpm dulu, aku beharap sangat dapat uni yang jauh sikit. Teruk sunggih impian haku. Yola, nak rasa ala ala anak perantauan walaupun tak merantau jauh pun. Sekali, hambek kau. Kat sintok dicampaknya aku. Banyak hikmah tau, walaupun dulu asyik ada question mark dalam kepala. Now, aku dpt rasa something yang tak pernah aku rasa. Islam kat sini subur, banyak aktivitinya. Sosial life dkt sini masih terkawal. Proud !!! Kat sini semuanya pakai simple simple je. Hehe.

Aku rindu suasana rumah. Rindu kena bebel dgn mak ayah. Almaklum lah, antara anak anak diorang, aku paling lama dok bawah jagaan mak *mak monitor okeyh* 20 tahun. Its not a short period. Bila dh berenggang, memacam aku pikir. Tapi aturan Allah lebih hebat. Adik aku sambung blajar kat Kangar. Alahai, dgn uni aku 45 min je. Haha. Disebabkan kami sehala n agak manja, mak luangkan masa nak melawat anak anak dia. Haha. Dua tiga kali gak datang sini. Banyak tuuuuu. Bukannya dekat.

Kehidupan baru aku kat sini Alhamdulillah. Semuanya okey. Makin bertambah berat aku...pengsan jap. Hehe. Dok kat sini, aku takmo sentuh bab hati perasaan. Akan sampai masanya nanti. Biar permulaan ni aku giat. Giat dengan belajar and perkara berfaedah. Pasal pasangan tu...ehem. Biarlah dah nak masuk sem 5 keatas ke apa. Yoyoooo je kan. Tapi kalau jodoh tak kemana. Buat masa sekarang, wahai hati tolong tajdid niat tu sikit ya. Fokus dan fokus.

Apa apa pun, berharap sangat Allah redha dengan setiap keptusan aku disini and aku yakin, Allah akan jaga tiap hambaNya. Aku titipkan juga agar family aku and seluruh manusia berada dibawah lindungan Allah. Semuanya sebab Allah sebaik baik pelindung. Aamiin ya Rabb !!!

Tuesday, 4 November 2014

AWAS !!!! JANGAN KAU REBAH !

Kita manusia punya hati nurani. Eh eh....standard lah kalau manusia itu rebah...namun sebenarnya, jangan sesekali kita silap. Kehidupan kita punya banyak cara yang halal bagi menyelesaikan masalah. Kita harus akur, sepanjang kehidupan duniawi ni, tak sekalipun Allah terlepas pandang setiap pergerakan kita. Wow, hebatnya Ar Rahman ini. Aku akui, dalam onak dan duri menempuh kehidupan sebagai muslimin muslimah sejati bukan sekacang step 1 2 3....banyak step yang perlu dilalui. Aku boleh kaitkan kehidupan aku sebagai seorang muslimah, anak, pelajar, sahabat dan bakal isteri (eh ?? pulak dah) haha. Allah berikan kita lebih daripada satu jawatan sebagai manusia. Kenapa bukan gunung ganang yang gah berdiri ?? Timbul persoalan ini. Allah meletakkan sesuatu itu bersebab. Dan Allah juga meletakkannya berdasarkan kemampuan. 

Menjadi seorang muslimah bukn mudah. Allah je yang tahu bagaimana mislimah ini perlu menutup aurat dengan rapi. Bagi lelaki mungkin senang dari sudut penjagaan aurat tetapi bukan dari segi tanggungjwb. Allahuakbar, tanggungjawab mereka complete dan sukar dipikul sekiranya diletalkan kepada wanita. Sebagai seorang anak, wajib aku patuh cakap mak ayah (tapi kenkadang tersasul) ampunnnn. Sebagai seorang pelajar, kita perlu dan seharusnya tajdid niat. Panahkan matlamat kita demi mncapai kejayaan. Jujur aku akui, pergolakan perasaan dalam belajar bukan sahaja fizikal yang penat tetapi mental juga letih. Aku semaikan dalam diri tidak mahu bercinta demi mencapai matlamat sbagai seorang pelajar. Lagi pula, aku taknak sejarah buruk berulang. Ia bukan utk diulang, tapi untuk ambil iktibar. Dari sudut berkawan pula, kita perlu hadapi bermacam macam kerenah manusia. Ada yang okey ada yang keyo. Dari tadika sampai ke alam universiti, aku tak habis habis ada problem dengan berkawan...apalah masalah aku. Tapi aku tak boleh give up. Aku kena kuat walaupun pada luaran aku sensorang. Allah je tahu. Tp apa yang paling penting, niat hati kena ikhlas sepanjang berkawan. And terakir....ehemmm, bakal isteri. Tak banyak yang aku boleh sentuh sebab aku tak kahwin lagi tapi sebagai asas, persiapkan diri utk jadi muslimah solehah di mata husband. Sempat atau tidak, persediaaan tu penting walaupun bukan utk suami, tetapi utk kematian juga.

So, dunia makin hari makin sakit. Sakit dengan pelbagai isu yang menggerunkan jiwa dan keimanan. Jadi, asuh dan didiklah anak kecil agar berada di jalan Allah. Mereka tak berdosa. Mereka perlu ajaran yang benar dan jangan sesekali kelirukan mereka. Wallahualam.... :)